GSTT Mengajar Sejarah Tingkatan 2 Berlian di SMKIE
P&P selepas majlis Mauludirrasul (2004)
Sajak king of merapu..:)
Aku seorang guru.
Kerjaya yang aku minati.
Sebelum menjadi guru,
Banyak kerjaya yang aku ceburi,
GSTT, department head Giant, pegawai YADIM telah aku rasai
Takdir akhirnya aku jadi guru kembali
Seronok menjadi guru.
Hari-hari ada orang mendoakan kesejahteraan.
Pergi kemana pasti ada yang memberi salam.
Bukan seorang tapi berpuluh orang.
Jadi guru mesti sabar dan tabah.
Jujur,amanah dan dedikasi adalah yang utama.
Aku tetap nak jadi guru walau banyak cabaran perlu dilalui
Semoga martabat guru Allah tingkatkan.
Mendidik anak-anak..Masa depan ditangan mereka,
Mereka adalah wali Allah yang diturunkan ke dunia untuk menguji manusia
Bergelar ibu bapa dan guru serta masyarakat sekitarnya.
Bila mendidik dan membimbing mereka,
Kesabaran yang tertinggi dan kasih sayang sahaja diutamakan.
Ada hensome, cantik, putih, gelap dan macam-macam rupa...
Mereka semua asalnya bersih dari segala dosa.
Rupanya di sini kebahagiaan seorang guru aku temui.
Mudah2an aku ditakdirkan ALLAH
utk menjadi guru hingga akhir hayat
Amin
2 comments:
fuyoo...sajak mengancam...hehe
-piza-
kalau kat sekolah bape markah je dapat..sajak merapu memang terer..hehe
Post a Comment