Email : irdeena4u@yahoo.com.my
Tel : 016-7017134

Sila klik http://erithunlimited.blogspot.com untuk ke halaman utama.

July 27, 2010

UJI BAKAT UNTUK MASA DEPAN

26- 28 Julai, pertama kali aku turut serta dengan team unit Multimedia Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru sempena Pertandingan " Public Speaking", "Action Song" & "story Telling" Sekolah Sekolah Peringkat Kebangsaan bertempat di Hotel Goop Hoop Skudai Johor. Cuti sekolah 2 hari atas arahan jabatan..hehe


Peranan aku dalam unit ini hanyalah sebagai asst photografer dan ambil gambar bebas..tak kisah le..yang penting aku dapat berkenalan dan berkongsi ilmu dengan mereka yang lebih berpengalaman..gambar dan video rakaman yang team multimedia ambil di kumpulkan, dipilih, diedit dan dimasukkan dalam bentuk CD kemudian diedarkan kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian

***********
Sahaja aku nak berkongsi...

Acara "Action Song". Sebanyak 14 buah sekolah dan semua negeri ambil bahagian







Pertandingan "Story Telling" bagi Sekolah Rendah peringkat Kebangsaan





Majlis Penutup 28 Julai 2010

July 17, 2010

HIKAYAT TAMAN BOTANI


Balik kampung aku mesti rembat masa lepak Taman Botani



Taman Botani nie terletak dekat Sri Medan, Batu Pahat, Johor
Nak citer panjang2 pasal taman botani nie pun aku tak brape tau sgt
Tapi tempatnye cantik..
Sesape yg kesane for the first time akan rase tenang & nyaman je.







****************
Tapi hari ini..
Argghhh! aku macam nak jerit je kat ikan2 dalam tasik..
"Aku pun sebenarnya tension macam ko ikan!!!"

Jiwa aku tak keruan bila terkenang Taman Botani yang dulu.
"Agh!!!Kalau ikut sangat geng-geng Sarip Dol ni, sampai bila tempat ni tak terjaga!!!" aku tengkeng kerusi.


KENAPA SEKARANG NO ENTRY! KENAPA? WHY BABY WHY?


aku try tenteramkan jiwa.
Tapi nun jauh dalam jiwa.... ia masih lagi tidak keruan. :(





hehe...emosi !

July 11, 2010

PERKAHWINAN RASYID DISCOVERY



Hari Ahad,Rasyid kawen dengan Akmar.
Dia berjaya trim misai lebat die dengan kemas sebelum kawin.
So, tak hairanlah dia pakai nickname Rasyid Stylo dekat facebook.

3 minggu sebelum tu, Betty kawen ngan Aman.
Dua-dua geng club kami
Tapi Betty lebih aktif dari Aman sebab Aman sibuk kerja kumpul duit
Kalau tak macam mana nak kahwin dengan Betty


Rasyid, Akmar, Betty ngan Aman pasangan yang senang bela time bergambo.
Tak payah nak sepak teranjang ajar posing.
So korang selamat datang ke alam baru.

Disebabkan masa kawin Betty-Aman aku tak datang sebab bercuti di Sabah.
Aku tanya soalan pada Betty dengan penuh sopan santun beserta ayat tersusun.

"Betty.. sedap tak kawen?" aku tanya.
"Sedapppppppppppppppppppppppppp" jawapnya dengan p yang panjang.
Memang kitorang suka bergurau bila berjumpa


Jangan tanya soalan bab kawen dengan brother di atas
Takut nanti kene sesah dengan batang aksober adjustable
takpun kene lempang dengan rim 15"
hehehe





July 8, 2010

AKU PUNYA CERITA BOLA




Aku akan bergembira selepas ini dengan team BERHALUAN KIRI
main bola pakai pelekat
Meraikan kekalahan German!
WAKKAKA.. OLLA..OLLA..

July 7, 2010

SEKAPAL


Surendran, Kee Kiah Wei, Wak Dol


SUATU KETIKA DULU

Perkhemahan tahunan..UTM

" Surendran, cikgu tak nampak awak pun malam semalam kat khemah"

" Memanglah cikgu, malamkan gelap, akukan hitam"

" Tak baik cakap aku Surendaran"

" Sorylah cikgu, aku asyik lupa saja, mak aku pun marah kalau cakap aku sama cikgu"

July 6, 2010

JIWA KENTAL


Siapa suruh masuk pengakap
Kalau takut cari penyakit
Lebih baik duduk di kampung
Tanam ubi dan tanam jagung

Kita semua pengakap darat
Memang rajin buat kerja berat
Tapi ramai yang tidak larat
Takut nanti putus urat saraf

July 3, 2010

SAMA TAPI TAK SERUPA


HARI TERBUKA KELAS 6 CEMPAKA 1993


" Cikgu, kalau Rithauddin nakal cikgu rotan saja dia"

" Ermmm, sudah tentu saya akan rotan kalau dia nakal"

" Pasal pelajaran saya tak kisah cikgu, jangan patah riuk sudah"

HARI TERBUKA KELAS 6 DAMAI 2010

" Cikgu Rithauddin, kalau anak saya nakal cikgu tegur-tegurlah. Anak saya ni pandai, dia kata cikgu tak boleh rotan sekarang"

" Ermmm, sudah tentu saya akan tegur kalau dia nakal"

" Tapi kalau cikgu nak rotan, rotan saja. Pasal pelajaran saya tak kisah, jangan patah riuk sudah"

******
Aku guru kelas,banyak luang masa bersama ibubapa.Tak banyak yang dapat aku ambil gambar.Sedikit gambir yang sempat aku tembak..
Related Posts with Thumbnails