Gambar ini dipetik daripada galeri Facebook bekas rakan sekelas aku semasa kami darjah 5 Orkid dan apabila melihat sahaja gambar ini terus kenangan aku dipimpin pergi terbang ke awangan dan turun menjunam terus kawasan sebuah bukit seterusnya berpijak di area-area yang dikelilingi hutan dan rumah2 kayu di mana tempat sekolah rendah terletak tapi sekarang hutan dah ditebang dan di buat perumahan batu hingga nama sekolah aku juga berubah!..
Fuhh..gila panjang ayat ini bukan?..hahahaha..mau semput nafas!.
Semua gara-gara Facebook yang menjadi kegilaan ramai dan aku tidak ketinggalan untuk sama sama menjadi gila seperti mereka. Kerana facebook aku dapat contact balik kawan2 lame di SK Perumahan SEDC..skrang da tuka nama SK Taman Kenanga..haha
Thanks huda yg add aku dan yati yg placing gambo ni kat FB..korang memang rokk!
Lepas meeting unit disiplin aku dok lepak ngn sicekguEpul, sicekguRacid ngan sicekguAsyuk yg asyik ngadap laptop..takde mood aku nak kemas fail2 bdk yg tak tersusun..rupanya diorang tgh bluetooth lagu cari jodoh kumpulan Wali..kelakar juga diorang ni.. "sedap lagu ni, anak aku siap boleh hafal~" sicekguRacid menekan keyboard laptop pap! pap! pap! bunyi dia "Lirik die kelako, dr musim durian sampai musim rambutan pun boleh jadi lagu~"sicekguasyuk cuba mengulas pasal lagu..jarang benor die tunjuk minat yg mcm tu. " Ko pegi mana kedai memang diorang layan lagu ni" SicekguEpul sound die punya pandangan sambil peluk beg kat badan..tu trademark die yang org lain takle tiru..
Dalam kete aku try layan..tp aku try layan lagu lain.Dua tiga hari ni, aku banyak layan kepala dengar lagu ni. Cuba cari hidayah kasi jadi mukminin sket. Baru je kedatanagan Maal Hijrah. Moga2 aku tak lupa azam tahun baru. korang pun~
Iklan ni kuar tahun 2006...tp masa aku tengok iklan ni dulu aku betul betul tersentuh..huhu..touching beb..hero pun boleh nak TERkeluar ayer mata..haha(kantoi)..mungkin mase kecik dulu aku lebih kurang mcm ni..tp taklah seteruk si aman yg dam iklan..pandai tol die belakon..masa aku darjah satu, berbulan aku nangis tanak pergi sekolah sampai akak aku pun nangis nak memujuk dan terpaksa hantar aku ke sekolah..darjah 3 aku pernah nak kene lambung dari tangga tingkat 2 ngan cikgu Ismail sebab aku ejek cikgu praktikal suara macam kartun masa tengah belajar bahasa Inggeris...meraung raung aku satu sekolah. Alhamdulilah, berkat doa dan sokongan mak abah, adik beradik , ummi tersayang dan rakan rakan menjadi juga aku akhirnya..hehe Pagi tadi aku kembali ke sekolah setelah hampir sebulan bercuti untuk menghadiri mesyuarat pengurusan. Semua guru dah tau peranan dan tanggungjawab untuk sesi depan..aku?? mcm terasa banyak pulak peranan dan jawatan yang aku dapat..penyelaras kajian tindakan, penyelaras head count, guru kelas tahun 6, ketua pemimpin pengakap, penyelaras hikmah..blablablabla..ada tugasan aku terima dengan hati terbuka tapi ada juga yg aku mcm nak tepuk dahi memikir perancangan yang perlu aku buat..tp awal awal masa cuti haritu guru besar dah bagi tahu aku dan bagi kata kata semangat..bermotivasilah sikit..hehe..oklah den toraii..
Tak sabar rasanya nak mula mengajar..tp seram dan berdebar debar pun ada, maklumlah tahun kena ajar tahun 6..kelas budak periksa..tahun lepas bahasa melayu result sangat cemerlang..macamane tahun aku mengajar??..Mengajar pelajar yang dibesarkan dibandar ini memang mencabar. ada ketika rasa macam nak bagi pelempang dan terajang..dan ada ketika ketawa terbahak bahak melihat keletah pelajar.
Kenangan yang aku tak dapat lupa menjadi guru sandaran semasa mengajar di SMK Impian Emas dulu, time tu aku mengajar subjek sejarah tingkatan 3..kelas PMR. Masa keluar result En Mus (GPK)ucap tahniah kat aku sambil tepuk tepuk bahu kat depan pelajar sbb keputusan utk subjek sej baik..kemudian pelajar datang beratur salam cium tangan aku.fuhh masa tu terawang awang berbunga bunga..ya ALLAH terharunya masa tu,. .tak sangka sayang juga mereka kat aku ni..rase mcm hebat gituuu..hehe
26 Disember~Selamat pengantin baru buat member dari kelab MyPS ShahrulR3 yang selamat menjadi suami kepada gadis pilihannya made in Terangganu kito.majlis berlangsung di Kpg Perit Haji Arif Benut, Pontian...sebanyak 18 biji persona dari JB, Pontian, BP dan Muar telah turut serta dalam konvoi ke jinjang..di sebabkan laluan kampung yg sesak, team MyPS terpaksa meredah sampai menyusup ke dalam kebun kepala sawit utk mencari parking... semoga menjadi suami yang bertanggungajawab dan tabah menghadapi dugaan hidup..Selamat datang ke Dunia Baru troo..!..hehe peace!
2009 Final Teh Tarik's~MyPS feat Mobile Green Wash
Sebelum menutup tirai aktiviti 2009, My Persona Style Community (MyPS) cawangan Johor Bahru telah mengadakan sesi Teh Tarik's yang diadakan pada malam Rabu 16 Disember 2009 bertempat di dataran Danga Bay. Aktiviti malam itu turut meriahkan dengan kerjasama dari Mobile Green Wash (http://www.mobile-greenwash.com/) yang datang membuat demontrasi dan perkongsian tip-tip penjagaan kereta. Kehadiran dan komitmen yang diberikan oleh ahli MyPS amat membaggakan iaitu sebanyak 24 buah persona. Turut memberi sokongan beberapa ahli dari gen-2.net.
ph12.12.2009~Selamat pengantin baru buat abang ipar aku..bro Hatta dan pasangannya kak Nadia. Dalam majlis ni, aku bukanlah official photografer..dan memang tak layak pun..haha!..saja nak blajar dan test bermain dengan nikon ni..hanya amik secara sukarela dan suka-suka..bila bukan official, banyak yang aku snap sambil sandar kat dinding, sandar sambil snap..nak baring-baring nanti kata melawan yang official plak..hehe..ni antara gambar yg aku snap...peace!
Majlis Akhir tahun 2009(pic ni student tag kat my FB, ntah bile die snap)
GSTT Mengajar Sejarah Tingkatan 2 Berlian di SMKIE
P&P selepas majlis Mauludirrasul (2004)
Sajak king of merapu..:)
Aku seorang guru. Kerjaya yang aku minati. Sebelum menjadi guru, Banyak kerjaya yang aku ceburi, GSTT, department head Giant, pegawai YADIM telah aku rasai Takdir akhirnya aku jadi guru kembali
Seronok menjadi guru. Hari-hari ada orang mendoakan kesejahteraan. Pergi kemana pasti ada yang memberi salam. Bukan seorang tapi berpuluh orang.
Jadi guru mesti sabar dan tabah. Jujur,amanah dan dedikasi adalah yang utama. Aku tetap nak jadi guru walau banyak cabaran perlu dilalui
Semoga martabat guru Allah tingkatkan. Mendidik anak-anak..Masa depan ditangan mereka, Mereka adalah wali Allah yang diturunkan ke dunia untuk menguji manusia
Bergelar ibu bapa dan guru serta masyarakat sekitarnya. Bila mendidik dan membimbing mereka, Kesabaran yang tertinggi dan kasih sayang sahaja diutamakan. Ada hensome, cantik, putih, gelap dan macam-macam rupa... Mereka semua asalnya bersih dari segala dosa. Rupanya di sini kebahagiaan seorang guru aku temui.
Alhamdulillah, setelah lama mengidam dapat juga aku memiliki Nikon ni..nak samba d90 tak cukup badget..lagipun ilmu aku tak cukup!.skarang dah boleh snap ikut suka..harap gambar-gambar yang aku ambil selepas ini cantik dan menarik belaka..hehe..moga hobi ini terus sebati dalam diri dan memberi manfaat..
Antara koleksi awal aku bermain dengan D60..ketika ini menghabiskan masa di Taman Tasek Botani Sri Medan Batu Pahat hanya untuk mengambil gambar...yeye jekan...peace!
setelah lama pending, akhirnya aku berjaya merajinkan diri untuk membuat blog bagi berkongsi gambar2 yang aku snap disamping pengalaman dlm kehidupan seharian.. so hopely member's akan enjoy ngan blog ini....sbb terlalu rajin..semua akan bermula 2010..hehe.....peace..!!..