Email : irdeena4u@yahoo.com.my
Tel : 016-7017134

Sila klik http://erithunlimited.blogspot.com untuk ke halaman utama.

June 23, 2010

FAMILY TRIP- BORNEO SABAH

Nama Sabah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Bristish ke Pulau Borneo lagi. Pihak British menukarkannya sebagai Borneo Utara dan digunakan secara rasmi semenjak tahun 1881. Sabah telah digunakan semula pada tahun 1963 setelah Sabah masuk ke dalam Malaysia.

Sempena cuti sekolah 2 minggu baru ini dari 12 hingga 15 Jun aku dan family- Tokabah, Maktok, Pak Long, Kak Long, Mak Ngah, Kak Ieja, Abg Sham dan ummi bersama anak-anak saudara Irfan, Pojan, Nina, Alin, Dayah, Hairina, Qilah, Merah, Nani dan Syana telah berkunjung ke Sabah.

Banyak tempat yang kami pergi dan banyak juga duit perbelanjaan yang habis!! Penat dan kepuasan yang kami kecapi sedikit sebanyak menhilang rasa strees duit yg pergi macam air..haha

Sampai hotel tengah hari berehat sekejap, petang tu kami ke Pasar Kraftangan. Pasar Kraftangan di Kota Kinabalu atau pun lebih dikenali sebagai Pasar Filipino di kalangan penduduk dan pelancong adalah merupakan satu tempat yang cukup terkenal di Bandaraya Kota Kinabalu. Ia terletak di Jalan Tun Fuad Stephen bertentangan dengan Kompleks Sinsuran dan berdekatan dengan tempat penginapan kami Hotel Sri Borneo. .cam buku teks Geografi plak ayat..huhu
Terdapat bermacam macam kraftangan dijual di sini..dari yang pelik dan unik sampai tahap standard kedai 2 inggit. Selain cenderamata dan kraftangan tempatan seperti rantai kunci, T-shirt dan juga ukiran kayu, terdapat juga kraftangan daripada negara-negara Asia yang lain. Sarung batik, tikar rotan, ukiran khat, kerongsang dan juga mutiara boleh ditemui di pasar ini yang menjadi perkara wajib dicari kaum hawa tapi memeningkathern kepala kaum lelaki. Malah brother brother jual tali pinggang, jam dan handphone smagel secara direct selling dengan tawaran harga yang sangat murah juga berkeliaran di pasar ini. Kalau nak beli..ar Lu pikirlah sendree..

Setiap malam kami pekena seafood kat pasar area Filipino Market tuh. Pehhh...mmg best suasana kat situ. Pilih ikan, sutun, udang dan macam-macam lagi. Malah kat sini juga ada jual kuda laut..Murah pun murah. Kat sini jugak aku baru kenal anggur laut, kerabu alga dan merasa minum air avocado..perghh..marvelos!!...
Beli tapau makan kat hotel..takde cover cover..haha

Lepas makan, kitorang pergi jalan-jalan dekat pasar malam Sinsuran pulak. Lagipun pasar malam ni berdekatan dengan hotel. Takkan jalan-jalan jer kan. Mutiara kat sini jauh lebih murah dari pasar Pilipino. Ummi, kak Long, kak Ngah dan Kak ieja membeli sikit2 buah tangan..sikit pulak kan!!.hehe

Aku, Pak Long, Abg Sham, irfan dan pojan tak sanggup tunggu lama-lama..dok ngopi kedai mamak layan world cup.haha
Pagi hari ke 2, perancangan kami ke Pulau Manukan untuk xtvt snorkling dan mandi. Dari Hotel ke Jeti dalam 4-5 km kami gagahkan untuk berjalan kaki dan kami terlebih dahulu singgah di pasar Tamu.
Pasar tamu bermula waktu pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari. Orangnya terlalu ramai dan macam-macam adaaa...dari kraftangan yang pelik pelik, baju,pokok dan buah buahan malah harta purba dan kasut CROCS tiruan pun ada..haha..disini juga aku jumpa ciku USA yang besarnya berganda dari ciku yang biasa.
Pak Long memberi taklimat sambil Alin mendengar dengan tekun Mak Ngah dan Mok de memang biasa jalan lengang kangkung, bas pun boleh berhenti
hai mambang..ko tengok aku ke mambang
ummi dan kak long nak cari bahan mesti yang terbaik..melilau mata
ni Gong bunyi macam kompang.
Membaca amalan mulia..cayalah Sabah
Ciku USA..besarnya macam Gaban
Lelaki setiasa cool..duduk itu cool
Mak Ngah pun teringin nak pakai Crocs ke..belilah yang ori..hihi

Salah satu keunikan Sabah ialah pulau-pulaunya. Dari awal lagi kami bercadang untuk ke Pulau Manukan. Jaraknya tidaklah begitu jauh dari hotel kami..
Pada hari ke 2 setelah singgah di Pasar Tamu, kami kami tiba di Jeti dalam jam 11pagi. Perjalanan dengan bot laju agak mendebarkan. Angin dan ombak agak kuat dan kami terlambung-lambung dibuatnya.
Kami menyewa google, jaket kesleamatan untuk mandi.keindahan Pulau Manukan memang mengancam. Airnya amat jernih dan ikan-ikan pelbagai spesies bagaikan mengalu-alukan kedatangan kami. Sayangnya, ikan-ikan itu suka bermain di bawah jeti. HARI KE 3.9.30 pagi kami bertolak ke dari KK menaiki sebuah van dan Myvi yang disewa. Berbaloilah untuk 3 keluarga. Kami dipandu arah oleh rakan di KK, Adie.Pak Long dok depan simbang rancak dengan Adie. Myvi pula dipandu oleh Abang Sham penumpangnya kaki Ieja, tok abah dan maktok. Nampaknya puncak gunung kinabalu tak dapatlah kami tengok kalau bertolak jam 9.30 pagi.
Singgah sebentar di Shell isi minyak. Biasalah kereta sewa, tuannya akan tingalkan ngam ngam meter setakuk.
Kami terlebih dahulu singgah di Kundasang War Memorial.Kundasang War Memorial ni terletak tak jauh dari simpang jln utama Pekan Kundasang. . Tiket masuk murah saja, dewasa RM2 dan kanak2 RM1 seorg.


Tapi bila naik ke atas.....alamak cantiknya tempat ni...ada taman-taman...dgn tema masing2 yg terletak di setiap aras bangunan lama itu. Tak sangka di sebalik tembok tu ada taman-taman yg tersembunyi... Tak rugi naik tangga panjat ke atas...cantik tempatnya.....Kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring. Di sini kami terus mendaki gunung untuk melalui jambatan gantung. Tiket masuk Rm3..bawa kamera tambah RM3..tp kalau bawa video tambah pula RM5..aktviti di sini cuma melalui jambatan gantung sahaja..huh..tapi mencabar juga!!
Di luar pintu pagar Poring Hot Spring (PHS), terdapat gerai-gerai menjual cenderamata.on the way ke kinabalu Park kali singgah di Masjid dan deretan kedai untuk beli sedikit buah buahan.Penjual disini memang kretif untuk menarik pelanggan..tak caya tengok bajunya!!Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park. Jalan seperti di Cameron Highlands, cuma di sini rasa lebih selamat. Cuaca sangat sejuk dan van melanggar kabus (entah orang lain cakap langgar awan) sepanjang perjalanan. ....
Kemudian, kami melalui Pekan Nabalu sebelum Kinabalu Park. Kami tiba di Kinabalu Park pada jam 3 petang. Kami bergambar dan kami dapati puncak gunung kinabalu diliputi awan. Tak apalah... adalah rezeki tengok puncak tu nanti... Kami meneruskan perjalanan pulang. Sepanjang perjalanan menuruni Kinabalu aku terus terlena dengan nyenyaknya..jangan marah ar abang driver..hihi

6 comments:

Tanahmelaka said...

Menarik sekali bah...bape ongkosnya abis bah..

Anonymous said...

den, nanti gambar xtvt kat sekolah pun kongsi skali lah

liyanaziz said...

bestnye, g cuti2 ek.. x penah g sarawak tapi penah pergi sarawak.. =)
p/s : teringin nak g kundasang

erithunlimited said...

anonymous ni sapa...nanti aku masuk kan key
liyana..tak lama tercapai le hajat tu

... said...

Wahhhh best nyer lawatan bersama family ke Sabah... memang teringin kesana tapi xkesampaian lagii...

erithunlimited said...

insyaallah nanti tiba juga masanya

Related Posts with Thumbnails