Nama Sabah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Bristish ke Pulau Borneo lagi. Pihak British menukarkannya sebagai Borneo Utara dan digunakan secara rasmi semenjak tahun 1881. Sabah telah digunakan semula pada tahun 1963 setelah Sabah masuk ke dalam Malaysia.

Sempena cuti sekolah 2 minggu baru ini dari 12 hingga 15 Jun aku dan family- Tokabah, Maktok, Pak Long, Kak Long, Mak Ngah, Kak Ieja, Abg Sham dan ummi bersama anak-anak saudara Irfan, Pojan, Nina, Alin, Dayah, Hairina, Qilah, Merah, Nani dan Syana telah berkunjung ke Sabah.

Banyak tempat yang kami pergi dan banyak juga duit perbelanjaan yang habis!! Penat dan kepuasan yang kami kecapi sedikit sebanyak menhilang rasa strees duit yg pergi macam air..haha
Sampai hotel tengah hari berehat sekejap, petang tu kami ke Pasar Kraftangan. Pasar Kraftangan di Kota Kinabalu atau pun lebih dikenali sebagai Pasar Filipino di kalangan penduduk dan pelancong adalah merupakan satu tempat yang cukup terkenal di Bandaraya Kota Kinabalu. Ia terletak di Jalan Tun Fuad Stephen bertentangan dengan Kompleks Sinsuran dan berdekatan dengan tempat penginapan kami Hotel Sri Borneo. .cam buku teks Geografi plak ayat..huhu

Terdapat bermacam macam kraftangan dijual di sini..dari yang pelik dan unik sampai tahap standard kedai 2 inggit. Selain cenderamata dan kraftangan tempatan seperti rantai kunci, T-shirt dan juga ukiran kayu, terdapat juga kraftangan daripada negara-negara Asia yang lain. Sarung batik, tikar rotan, ukiran khat, kerongsang dan juga mutiara boleh ditemui di pasar ini yang menjadi perkara wajib dicari kaum hawa tapi memeningkathern kepala kaum lelaki. Malah brother brother jual tali pinggang, jam dan handphone smagel secara direct selling dengan tawaran harga yang sangat murah juga berkeliaran di pasar ini. Kalau nak beli..ar Lu pikirlah sendree..




Setiap malam kami pekena seafood kat pasar area Filipino Market tuh. Pehhh...mmg best suasana kat situ. Pilih ikan, sutun, udang dan macam-macam lagi. Malah kat sini juga ada jual kuda laut..Murah pun murah. Kat sini jugak aku baru kenal anggur laut, kerabu alga dan merasa minum air avocado..perghh..marvelos!!...
Pagi hari ke 2, perancangan kami ke Pulau Manukan untuk xtvt snorkling dan mandi. Dari Hotel ke Jeti dalam 4-5 km kami gagahkan untuk berjalan kaki dan kami terlebih dahulu singgah di pasar Tamu.

Pasar tamu bermula waktu pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari. Orangnya terlalu ramai dan macam-macam adaaa...dari kraftangan yang pelik pelik, baju,pokok dan buah buahan malah harta purba dan kasut CROCS tiruan pun ada..haha..disini juga aku jumpa ciku USA yang besarnya berganda dari ciku yang biasa.

Pak Long memberi taklimat sambil Alin mendengar dengan tekun

Mak Ngah dan Mok de memang biasa jalan lengang kangkung, bas pun boleh berhenti

hai mambang..ko tengok aku ke mambang

ummi dan kak long nak cari bahan mesti yang terbaik..melilau mata

ni Gong bunyi macam kompang.

Membaca amalan mulia..cayalah Sabah

Ciku USA..besarnya macam Gaban

Lelaki setiasa cool..duduk itu cool

Mak Ngah pun teringin nak pakai Crocs ke..belilah yang ori..hihi
Salah satu keunikan Sabah ialah pulau-pulaunya. Dari awal lagi kami bercadang untuk ke Pulau Manukan. Jaraknya tidaklah begitu jauh dari hotel kami..

Pada hari ke 2 setelah singgah di Pasar Tamu, kami kami tiba di Jeti dalam jam 11pagi. Perjalanan dengan bot laju agak mendebarkan. Angin dan ombak agak kuat dan kami terlambung-lambung dibuatnya.

Kami menyewa google, jaket kesleamatan untuk mandi.keindahan Pulau Manukan memang mengancam. Airnya amat jernih dan ikan-ikan pelbagai spesies bagaikan mengalu-alukan kedatangan kami. Sayangnya, ikan-ikan itu suka bermain di bawah jeti.


HARI KE 3.9.30 pagi kami bertolak ke dari KK menaiki sebuah van dan Myvi yang disewa. Berbaloilah untuk 3 keluarga. Kami dipandu arah oleh rakan di KK, Adie.Pak Long dok depan simbang rancak dengan Adie. Myvi pula dipandu oleh Abang Sham penumpangnya kaki Ieja, tok abah dan maktok. Nampaknya puncak gunung kinabalu tak dapatlah kami tengok kalau bertolak jam 9.30 pagi.

Singgah sebentar di Shell isi minyak. Biasalah kereta sewa, tuannya akan tingalkan ngam ngam meter setakuk.

Kami terlebih dahulu singgah di Kundasang War Memorial.Kundasang War Memorial ni terletak tak jauh dari simpang jln utama Pekan Kundasang. . Tiket masuk murah saja, dewasa RM2 dan kanak2 RM1 seorg.
6 comments:
Menarik sekali bah...bape ongkosnya abis bah..
den, nanti gambar xtvt kat sekolah pun kongsi skali lah
bestnye, g cuti2 ek.. x penah g sarawak tapi penah pergi sarawak.. =)
p/s : teringin nak g kundasang
anonymous ni sapa...nanti aku masuk kan key
liyana..tak lama tercapai le hajat tu
Wahhhh best nyer lawatan bersama family ke Sabah... memang teringin kesana tapi xkesampaian lagii...
insyaallah nanti tiba juga masanya
Post a Comment